28 May 2014

Aku dan Endometriosis


Hari ni kite nak share pasal Endometriosis. Kite tahu ramai yang tak tahu and tak pernah dengar pasal penyakit nih. Dalam entry INI kite ada citer sejarah kite pernah kena Endometriosis Stage 4. Meh kite citer sikit berkenaan tentang Endometriosis. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat. Tetapi kita bukan doktor pakar berkenaan penyakit ini. Kita cuma share dan kongsi pengetahuan serba sedikit tentang penyakit yang jarang kita dengar.

Apakah Endometriosis??

Penyakit Endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid

Apabila tisu yang sepatutnya berada di dalam rahim, tetapi sekarang berada di luar kawasannya, ini akan dipanggil Endometriosis. Ianya berfungsi sama seperti endometrium di dalam rahim. 

Kawasan-kawasan yang biasa didapati Endometriosis adalah seperti ovari, tiub falopio, permukaan rahim, kawasan di belakang rahim, usus, pundi kencing dan ureter serta rektum.

Tisu endometrium ini akan melekat pada organ-organ lain di dalam pinggul (pelvis) dan juga pada lapisan dalam rongga abdomen yang dipanggil peritoneum. Sista mungkin terbentuk apabila tisu endometrium ini berada di ovari, ia dipanggil endometrioma.

Menurut pakar, tisu-tisu endometrium di luar rahim ini sebagaimana di dalam rahim, turut terpengaruh dengan perubahan hormon, menipis dan gugur sebagai satu pendarahan bulanan.

Tetapi pendarahan ini berlaku di kawasan tertutup dan bukannya sebagai darah haid bulanan. Inilah yang menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa haid bulanan. Pendarahan di luar kawasan ini juga menyebabkan berlakunya keradangan.

Dan akhirnya dengan gangguan bulanan, tisu-tisu yang terlibat berparut dan penyembuhan seterusnya akan mengakibatkan tisu-tisu dan organ-organ melekat di antara satu sama lain, penaupan dan perekatan ini juga menimbulkan kesakitan.

Lazimnya, rungutan Endometriosis ini bertambah serius dari semasa ke semasa. Perawatan boleh membantu penyakit ini dari menjadi bertambah teruk.



Punca Endometriosis?


Punca sebenar Endometriosis tidak diketahui, namun ada teori yg mengatakan ianya berlaku disbbkan tisu di dalam rahim yg sepatutnya keluar melalui faraj semasa haid, bergerak ke arah belakang dan pergi ke bhg peranakan wanita yg lain seperti telur atau ke pelvik. Risiko mendapat Endometriosis bertambah apabila seseorang itu:
  • datang haid dalam usia yang sangat muda
  • mempunyai kitaran haid yang panjang melebihi 7 hari
  • tidak pernah melahirkan anak
  • mempunyai ahli keluarga yang menghidapi endometriosis

Menurut pakar, rungutan utama merupakan kesakitan di bahagian pinggul. Kesakitan ini boleh dirasai semasa hubungan seksual, semasa membuang air besar ataupun air kecil dan juga sebelum dan semasa datangnya haid bulanan. 

Pendarahan haid mungkin datang dengan kerap. Seandainya Endometriosis ini sudah teruk, kemandulan mungkin berlaku. Harus diingatkan, darjah kesakitan mungkin tidak selari dengan keseriusan Endometriosis.

Ada pula wanita yang mempunyai Endometriosis tetapi tidak mempunyai rungutan. Penyakit ini hanya diketahui apabila mereka dirujuk untuk perawatan kemandulan.

Tambah beliau, anggaran 30 peratus wanita yang mempunyai masalah kemandulan kemungkinan besar mengalami Endometriosis. Begitu juga dengan banyak kaedah perawatan Endometriosis di mana kesan-kesannya berdasarkan kepada hubungan dan pengaruh hormon yang terjadi semasa seseorang hamil.

Peringkat??

Peringkat 1 : Terdapat beberapa tisu Endometriosis kelihatan tetapi tiada terdapat parut di abdomen.

Peringkat 2 : Terdapat beberapa tisu Endometriosis kurang dari 2 inci kelihatan tetapi tiada terdapat parut di abdomen.

Peringkat 3 : Terdapat tisu Endometriosis dalam abdomen yang membentuk poket yang mengandungi cecair Endometriosis yang dikenali sebagai "chocolate cyst" atau "endometriomas" pada kelenjar ovari. Terdapat juga parut disekitar fallopian tiub dan ovari.

Peringkat 4 : Terdapat banyak tisu Endometriosis dalam abdomen yang membentuk Endometriosis cyst dan banyak parut di sekitar rahim, rektum, fallopian tiub dan ovari.


Treatment??

Pengurusan Endometriosis ditujukan untuk menyekat tahap estrigen dan progestron seseorang wanita yang merangsang ketumbuhan endometrial. Pilihan rawatan yang berkemungkinan boleh melingkungi tanpa rawatan bagi kes-kes Endometriosis yang minimal atau ringan hingga ke pembedahan major. Secara umumnya, pesakit-pesakit mempunyai 2 pilihan yang besar : terapi hormon dan rawatan pembedahan. Bagi sesetengah wanita, gabungan kedua-duanya mungkin diperlukan. 

Apakah objektif rawatan?

  • meredakan kesakitan dan simptom-simptom lain
  • menghentikan perkembangan luka
  • memulihkan kesuburan pesakit-pesakit yang telah hilang keupayaan menjadi hamil
  • pengekalan fungsi-fungsi reproduktif bagi keupayaan beranak kelak
Rawatan lain yang ada:
  • pembedahan : rawatan pembedahan terbahagi kepada 2 kategori : pembedahan konservatif dan tidak konservatif
  • pembedahan konservatif : direka untuk mengekalkan keupayaan seseorang wanita untuk menjadi hamil. Bentuk rawatan ini berfokuskan pengeluaran kawasan-kawasan individu endometriosis. Pakar bedah lazimnya boleh menjayakan ini melalui penggunaan laparoskop. Ketumbuhan superfisal boleh di potong keluar atau dimusnahkan dengan arus elektrik dan penggunaan laser.
  • pembedahan tidak konservatif : terhampir dalam membekalkan kelegaan yang berkekalan bagi endometriosis. Namun, langkah sedemikian hanya diambil untuk meredakan kesakitan teruk seseorang wanita setelah kesemua pilihan lain telah gagal. Kaedah ini termasuk pengeluaran uterus dan kedua-dua ovari dan tiub falopia. Kaedah ini mungkin mencegah ulangan kejadian endometriosis, tetapi juga menjadikan pesakit tidak mampu mengandung dan berada dalam keadaan menapaus berkekalan
Rawatan Terapi?-SUNTIKAN LUCRIN

Apakah Lucrin Depot ?
"Merupakan satu analog GnRH (hormon pelepas gonadotropin) yang amat berkesan untuk rawatan endometriosis. Setelah menjalani terapi selama 6 bulan, didapati 99% pesakit mengalami kesakitan yang semakin berkurangan semasa kedatangan haid. 77% pula melaporkan pengurangan dalam keradangan bahagian pelvik dan 70% lagi melaporkan pengurangan kesakitan pelvik."

Bilakah kesakitan saya dapat dikurangkan setelah memulakan terapi?


"Kebanyakkan wanita yang menghidapi endometriosis mendapati kesakitan mereka dapat dikurangkan dalam tempoh masa 3 bulan pertama"

Keadaan saya bertambah pulih setelah 3 bulan saya memulakan rawatan Lucrin Depot. Adakah perlu untuk saya meneruskan terapi ini?

"Ya.Adalah penting untuk anda melengkapkan jadual terapi selama 6 bulan, agar anda mendapat kelegaan daripada kesakitan untuk jangkamasa yang panjang. Ini perlu dilakukan walaupun keadaan anda bertambah pulih selepas menjalani terapi untuk 3 bulan"

Adakah saya masih mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi?

"Kebanyakan wanita akan berhenti datang haid semasa terapi. Akan tetapi, terdapat sesetengah wanita mungkin akan mempunyai kedatangan haid yang ringan atau sedikit. Kebanyakannya akan terhenti haid selepas bulan kedua terapi.

Selepas 2 bulan rawatan Lucrin Depot diberhentikan, kitaran haid akan kembali. Jika ini tidak kembali dalam tempoh 3 bulan, sila hubungi doktor dengan segera"

Bolehkah saya hamil semasa menjalani Lucrin Depot?

"Lucrin Depot bukanlah satu alat atau cara pencegah kehamilan. Ovulasi masih boleh berlaku walaupun anda tidak mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi ini. Persetubuhan tanpa penggunaan sebarang alat mencegah kehamilan boleh menyebabkan kehamilan. Oleh yang demikian, anda perlu menggunakan alat pencegah kehamilan (bukan hormon) seperti diafragma dengan jeli pencegah kehamilan, kondom atau IUD. Anda perlu memberitahu doktor secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki yang anda bermungkinan telah hamil semasa menjalani terapi Lucrin Depot"

Apakah akan terjadi jika saya terlupa mengambil satu suntikan?

"Adalah penting untuk anda mengambil suntikan pada masa yang dijadualkan setiap bulan. Walaubagaimanapun, kelewatan mengambil suntikan untuk beberapa hari tidak sepatutnya menjejaskan anda tetapi kelewatan ini jika terlalu lama boleh mengakibatkan pendarahan atau ovulasi"

Apakah kesan-kesan sampingan yang akan saya alami semasa rawatan?

"Lucrin adalah sama seperti ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat endometriosis, ia akan menyebabkan badan anda berada dalam keadaan seperti keputusan haid untuk sementara waktu. Jadi kesan-kesan sampingan Lucrin Depot adalah mirip keadaan yang akan dilaporkan semasa wanita keputusan haid. Ini termasuk rasa panas bahang, sakit kepala,berhenti kitaran haid dan kekeringan vagina. Kesan-kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan"

Oleh kerana ubat ini akan menyebabkan saya berada dalam keadaan yang mirip keputusan haid, adakah saya juga akan mengalami kehilangan mineral tulang yang serius?

"Sedikit kehilangan mineral tulang (3.2%) mungkin akan berlaku semasa terapi Lucrin Depot selama 6 bulan. Jumlah tersebut amatla rendah berbanding dengan wanita yang menyusu bayi mereka dengan susu ibu selama 6 bulan atau lebih."


Kita berharap agar perkongsian ini dapat membuka mata dan minda korang berkenaan Endometriosis. Sehingga sekarang pakar2 sukar mengenal pasti punca sebenar dan bagaimana Endometriosis nih boleh berlaku. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Wallahualam ^^




No comments:

Post a Comment