28 June 2015

Ramadhan Day -2-

"Jom lagi Bersabar"


SURAH AN-NAHL (Ayat 126)

Dan jika kamu memberikan balasan,
maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan ke atas kamu

akan tetapi,

jika kamu bersabar,
sesungguhnya itulah yang lebih baik,
bagi orang yang sabar.

#jomrandomkindness hari ini adalah:

Jom pilih untuk tidak balas. 
Jom cuba untuk biarkan.
Jom lawan desakan hati yang justify balasan kita sebab orang buat kita dulu.
Kita manusia, pastinya ada hari yang tersinggung.
Ada masa terpecah.
Justeru, ada detiknya kita melantun dan membalas semula.
Itu refleks , namanya.
Orang pukul, kita tepis.
Orang tumbuk, kita tangkis.
Aku juga antara manusia begitu.
TAPI, Jom CUBA.
Orang datang pada kita bawak parang, bawak pedang, bawak apa sahaja.
Kita angkat kaki
Pilih untuk KALAH DI DUNIA.
SYURGA IS WORTH IT.
ALWAYS.