28 June 2015

Ramadhan Day -2-

"Jom lagi Bersabar"


SURAH AN-NAHL (Ayat 126)

Dan jika kamu memberikan balasan,
maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan ke atas kamu

akan tetapi,

jika kamu bersabar,
sesungguhnya itulah yang lebih baik,
bagi orang yang sabar.

#jomrandomkindness hari ini adalah:

Jom pilih untuk tidak balas. 
Jom cuba untuk biarkan.
Jom lawan desakan hati yang justify balasan kita sebab orang buat kita dulu.
Kita manusia, pastinya ada hari yang tersinggung.
Ada masa terpecah.
Justeru, ada detiknya kita melantun dan membalas semula.
Itu refleks , namanya.
Orang pukul, kita tepis.
Orang tumbuk, kita tangkis.
Aku juga antara manusia begitu.
TAPI, Jom CUBA.
Orang datang pada kita bawak parang, bawak pedang, bawak apa sahaja.
Kita angkat kaki
Pilih untuk KALAH DI DUNIA.
SYURGA IS WORTH IT.
ALWAYS.

Ramadhan Day -1-



Pertamanya, saya copy all this #jomrandomkindness dari one of my febret person, Sis Fynn Jamal, which I love to stalk all the time just to read her writing. Thanks for becoming my inspiration all this while.


"Jom CALL/SMS mak & abah secara RANDOM"

SURAH AL-ISRA (Ayat 23-24).

dari Tuhan kamu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia
dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu sebaiknya.

jika salah seorang darinya atau keduanya sampai berumur lanjut dalam peliharaanmu,
maka jangan sekali-sekali kamu katakan kepada mereka walau pun "uff"
dan janganlah kamu membentak mereka
dan ucapkanlah pada mereka perkataan yang mulia.

ALLAHUAKBAR.

So, i know kita semua dah call and text them semalam, well itu expected lah kan. Hari ni just tiba-tiba - not our normal times -  sekarang, contohnya. Just pick up that phone and say " saja call, nak cakap labayu. hihihi. okbye." pastu letak je tepon pon takpe.

Nobody hates prank calls.
Tambah pulak jenis yang sweet macam tu.
Tambah lagi anak sendiri.

Call jelah. Takut sebelum berbuka kang ada apa2 jadi.

Have a great Ramadhan ahead.