9 September 2014

Mimpi Aneh -.-

Mimpi.
Hmmm.

Mungkin bagi orang lain tak aneh.
Tapi bagi aku ANEH.
PELIK.

Pernah tak mimpi bekas kekasih?
Hmmm.
Sebenarnya dah banyak kali mimpi bekas kekasaih ("Mr. H")
Tapi sebelum bertunang dengan Mr A lah.

Kenapa kite kata pelik?
Sebabnya kita dah putus lame dah.
2010.
Selalu sangat mimpi dia.
Sampai tahap timbul rasa bersalah dengan Mr. A.

Mimpi mandikan anak buah Mr. H.
Mimpi Mr. H datang rumah.
Banyak sampai tak ingat dah.

Hmmm...
Pernah cerita kat Mr. A.
Minta maaf semua kat Mr. A.
Jujur mengakui pasal mimpi Mr. H.
Jawapan dia buat kita sebak.

"Takpelah, benda tuh bukan boleh paksa. Kenangan memang susah nak lupa. Yang penting sekarang nih. Awak dah ada saya & saya dah ada awak. Tuh yang paling penting."

Terima kasih awak.
Sangat menghargai pemahaman awak.
Keterbukaan awak.
Saya cuba sehabis baik untuk kukuhkan awak dalam hati saya.

Dah 6 bulan bertunang tiba-tiba mimpi Mr. H lagi.
Dalam mimpi tuh Mr. H datang rumah 1 family.
Pastu family dia dah balik tinggal Mr. H je.
Kita larikan diri je & buat macam dia tak wujud.
Banyak kali dia cari peluang nak borak dengan kita, nak amik gambar dengan kita.
Apa yang kita ingat kita memang tak nak bagi peluang langsung.
Yang sudah tuh sudahlah.
Tiba-tiba dia rentap tangan kita.

Dia cakap n pandang dengan muka berharap sangat.
"Saya rindu awak tahu tak???!"

Kita tersentak & langsung terjaga.
Astaghfirullah al'azim.

Moga itu hanyalah mainan Syaitan & Iblis.
Moga tiada petanda apa-apa hendaknya.
Moga Allah pelihara hubungan kami.
Moga kami kuat mempertahankan hubungan kami.

Maafkan saya, awak.
Saya mimpi dia lagi.
-.-!


28 May 2014

Aku dan Endometriosis


Hari ni kite nak share pasal Endometriosis. Kite tahu ramai yang tak tahu and tak pernah dengar pasal penyakit nih. Dalam entry INI kite ada citer sejarah kite pernah kena Endometriosis Stage 4. Meh kite citer sikit berkenaan tentang Endometriosis. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat. Tetapi kita bukan doktor pakar berkenaan penyakit ini. Kita cuma share dan kongsi pengetahuan serba sedikit tentang penyakit yang jarang kita dengar.

Apakah Endometriosis??

Penyakit Endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid

Apabila tisu yang sepatutnya berada di dalam rahim, tetapi sekarang berada di luar kawasannya, ini akan dipanggil Endometriosis. Ianya berfungsi sama seperti endometrium di dalam rahim. 

Kawasan-kawasan yang biasa didapati Endometriosis adalah seperti ovari, tiub falopio, permukaan rahim, kawasan di belakang rahim, usus, pundi kencing dan ureter serta rektum.

Tisu endometrium ini akan melekat pada organ-organ lain di dalam pinggul (pelvis) dan juga pada lapisan dalam rongga abdomen yang dipanggil peritoneum. Sista mungkin terbentuk apabila tisu endometrium ini berada di ovari, ia dipanggil endometrioma.

Menurut pakar, tisu-tisu endometrium di luar rahim ini sebagaimana di dalam rahim, turut terpengaruh dengan perubahan hormon, menipis dan gugur sebagai satu pendarahan bulanan.

Tetapi pendarahan ini berlaku di kawasan tertutup dan bukannya sebagai darah haid bulanan. Inilah yang menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa haid bulanan. Pendarahan di luar kawasan ini juga menyebabkan berlakunya keradangan.

Dan akhirnya dengan gangguan bulanan, tisu-tisu yang terlibat berparut dan penyembuhan seterusnya akan mengakibatkan tisu-tisu dan organ-organ melekat di antara satu sama lain, penaupan dan perekatan ini juga menimbulkan kesakitan.

Lazimnya, rungutan Endometriosis ini bertambah serius dari semasa ke semasa. Perawatan boleh membantu penyakit ini dari menjadi bertambah teruk.



Punca Endometriosis?


Punca sebenar Endometriosis tidak diketahui, namun ada teori yg mengatakan ianya berlaku disbbkan tisu di dalam rahim yg sepatutnya keluar melalui faraj semasa haid, bergerak ke arah belakang dan pergi ke bhg peranakan wanita yg lain seperti telur atau ke pelvik. Risiko mendapat Endometriosis bertambah apabila seseorang itu:
  • datang haid dalam usia yang sangat muda
  • mempunyai kitaran haid yang panjang melebihi 7 hari
  • tidak pernah melahirkan anak
  • mempunyai ahli keluarga yang menghidapi endometriosis

Menurut pakar, rungutan utama merupakan kesakitan di bahagian pinggul. Kesakitan ini boleh dirasai semasa hubungan seksual, semasa membuang air besar ataupun air kecil dan juga sebelum dan semasa datangnya haid bulanan. 

Pendarahan haid mungkin datang dengan kerap. Seandainya Endometriosis ini sudah teruk, kemandulan mungkin berlaku. Harus diingatkan, darjah kesakitan mungkin tidak selari dengan keseriusan Endometriosis.

Ada pula wanita yang mempunyai Endometriosis tetapi tidak mempunyai rungutan. Penyakit ini hanya diketahui apabila mereka dirujuk untuk perawatan kemandulan.

Tambah beliau, anggaran 30 peratus wanita yang mempunyai masalah kemandulan kemungkinan besar mengalami Endometriosis. Begitu juga dengan banyak kaedah perawatan Endometriosis di mana kesan-kesannya berdasarkan kepada hubungan dan pengaruh hormon yang terjadi semasa seseorang hamil.

Peringkat??

Peringkat 1 : Terdapat beberapa tisu Endometriosis kelihatan tetapi tiada terdapat parut di abdomen.

Peringkat 2 : Terdapat beberapa tisu Endometriosis kurang dari 2 inci kelihatan tetapi tiada terdapat parut di abdomen.

Peringkat 3 : Terdapat tisu Endometriosis dalam abdomen yang membentuk poket yang mengandungi cecair Endometriosis yang dikenali sebagai "chocolate cyst" atau "endometriomas" pada kelenjar ovari. Terdapat juga parut disekitar fallopian tiub dan ovari.

Peringkat 4 : Terdapat banyak tisu Endometriosis dalam abdomen yang membentuk Endometriosis cyst dan banyak parut di sekitar rahim, rektum, fallopian tiub dan ovari.


Treatment??

Pengurusan Endometriosis ditujukan untuk menyekat tahap estrigen dan progestron seseorang wanita yang merangsang ketumbuhan endometrial. Pilihan rawatan yang berkemungkinan boleh melingkungi tanpa rawatan bagi kes-kes Endometriosis yang minimal atau ringan hingga ke pembedahan major. Secara umumnya, pesakit-pesakit mempunyai 2 pilihan yang besar : terapi hormon dan rawatan pembedahan. Bagi sesetengah wanita, gabungan kedua-duanya mungkin diperlukan. 

Apakah objektif rawatan?

  • meredakan kesakitan dan simptom-simptom lain
  • menghentikan perkembangan luka
  • memulihkan kesuburan pesakit-pesakit yang telah hilang keupayaan menjadi hamil
  • pengekalan fungsi-fungsi reproduktif bagi keupayaan beranak kelak
Rawatan lain yang ada:
  • pembedahan : rawatan pembedahan terbahagi kepada 2 kategori : pembedahan konservatif dan tidak konservatif
  • pembedahan konservatif : direka untuk mengekalkan keupayaan seseorang wanita untuk menjadi hamil. Bentuk rawatan ini berfokuskan pengeluaran kawasan-kawasan individu endometriosis. Pakar bedah lazimnya boleh menjayakan ini melalui penggunaan laparoskop. Ketumbuhan superfisal boleh di potong keluar atau dimusnahkan dengan arus elektrik dan penggunaan laser.
  • pembedahan tidak konservatif : terhampir dalam membekalkan kelegaan yang berkekalan bagi endometriosis. Namun, langkah sedemikian hanya diambil untuk meredakan kesakitan teruk seseorang wanita setelah kesemua pilihan lain telah gagal. Kaedah ini termasuk pengeluaran uterus dan kedua-dua ovari dan tiub falopia. Kaedah ini mungkin mencegah ulangan kejadian endometriosis, tetapi juga menjadikan pesakit tidak mampu mengandung dan berada dalam keadaan menapaus berkekalan
Rawatan Terapi?-SUNTIKAN LUCRIN

Apakah Lucrin Depot ?
"Merupakan satu analog GnRH (hormon pelepas gonadotropin) yang amat berkesan untuk rawatan endometriosis. Setelah menjalani terapi selama 6 bulan, didapati 99% pesakit mengalami kesakitan yang semakin berkurangan semasa kedatangan haid. 77% pula melaporkan pengurangan dalam keradangan bahagian pelvik dan 70% lagi melaporkan pengurangan kesakitan pelvik."

Bilakah kesakitan saya dapat dikurangkan setelah memulakan terapi?


"Kebanyakkan wanita yang menghidapi endometriosis mendapati kesakitan mereka dapat dikurangkan dalam tempoh masa 3 bulan pertama"

Keadaan saya bertambah pulih setelah 3 bulan saya memulakan rawatan Lucrin Depot. Adakah perlu untuk saya meneruskan terapi ini?

"Ya.Adalah penting untuk anda melengkapkan jadual terapi selama 6 bulan, agar anda mendapat kelegaan daripada kesakitan untuk jangkamasa yang panjang. Ini perlu dilakukan walaupun keadaan anda bertambah pulih selepas menjalani terapi untuk 3 bulan"

Adakah saya masih mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi?

"Kebanyakan wanita akan berhenti datang haid semasa terapi. Akan tetapi, terdapat sesetengah wanita mungkin akan mempunyai kedatangan haid yang ringan atau sedikit. Kebanyakannya akan terhenti haid selepas bulan kedua terapi.

Selepas 2 bulan rawatan Lucrin Depot diberhentikan, kitaran haid akan kembali. Jika ini tidak kembali dalam tempoh 3 bulan, sila hubungi doktor dengan segera"

Bolehkah saya hamil semasa menjalani Lucrin Depot?

"Lucrin Depot bukanlah satu alat atau cara pencegah kehamilan. Ovulasi masih boleh berlaku walaupun anda tidak mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi ini. Persetubuhan tanpa penggunaan sebarang alat mencegah kehamilan boleh menyebabkan kehamilan. Oleh yang demikian, anda perlu menggunakan alat pencegah kehamilan (bukan hormon) seperti diafragma dengan jeli pencegah kehamilan, kondom atau IUD. Anda perlu memberitahu doktor secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki yang anda bermungkinan telah hamil semasa menjalani terapi Lucrin Depot"

Apakah akan terjadi jika saya terlupa mengambil satu suntikan?

"Adalah penting untuk anda mengambil suntikan pada masa yang dijadualkan setiap bulan. Walaubagaimanapun, kelewatan mengambil suntikan untuk beberapa hari tidak sepatutnya menjejaskan anda tetapi kelewatan ini jika terlalu lama boleh mengakibatkan pendarahan atau ovulasi"

Apakah kesan-kesan sampingan yang akan saya alami semasa rawatan?

"Lucrin adalah sama seperti ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat endometriosis, ia akan menyebabkan badan anda berada dalam keadaan seperti keputusan haid untuk sementara waktu. Jadi kesan-kesan sampingan Lucrin Depot adalah mirip keadaan yang akan dilaporkan semasa wanita keputusan haid. Ini termasuk rasa panas bahang, sakit kepala,berhenti kitaran haid dan kekeringan vagina. Kesan-kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan"

Oleh kerana ubat ini akan menyebabkan saya berada dalam keadaan yang mirip keputusan haid, adakah saya juga akan mengalami kehilangan mineral tulang yang serius?

"Sedikit kehilangan mineral tulang (3.2%) mungkin akan berlaku semasa terapi Lucrin Depot selama 6 bulan. Jumlah tersebut amatla rendah berbanding dengan wanita yang menyusu bayi mereka dengan susu ibu selama 6 bulan atau lebih."


Kita berharap agar perkongsian ini dapat membuka mata dan minda korang berkenaan Endometriosis. Sehingga sekarang pakar2 sukar mengenal pasti punca sebenar dan bagaimana Endometriosis nih boleh berlaku. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Wallahualam ^^




Aku dan Senggugut-Bagaimana?

ENDOMETRIOSIS

Haa?? APAKAH? MENGAPAKAH??? 
Pernah dengar x? Mesti tak pernah kan. Sebab Endo nih memng sangat2 jarang berlaku. Bagi wanita, kebiasaanya kita selalu dengar CYST & FIBROID, betol??

Hmm..ari nih nak share serba sedikit pasal ENDOMETRIOSIS. Kita rasa sebagai perempuan yang memang akan berisiko dapat penyakit nih perlu tahu sekurang2nya perlu kenal and tak terpinga2 bila doktor sebut mengenai penyakit ini.

Kita baru berumur 22 tahun masa kita dapat penyakit ni. Memang tersangat2 terkejut n blur sebab tak pernah dengar pasal ENDO nih. So bila doktor dok sebut2 memang kita tak tau ape2. Hanya mampu mendengar dengan perasaan pelik. Tpi terlalu muda kan masa tu? So sekarang nih kite kena tuka mind set kita yang mengatakan "muda2 takkanlah nak kena penyakit pelik-pelik nih betol x?"

Okey, now back to our topic. Kita actually memang ada masalah senggugut yang sangat2 teruk. Kita start rasa sakit senggugut nih mase Form 5. Tapi seingat kita lah mase tuh sekali je kena. Pastu second-time mase kat Kolej. Dulu kita study kat Institut Professional Baitulmal. Masa umur 19 tahun. Tapi rasenya masa tuh memang gagah lagi menahan sakit. Tak perlu nak pergi klinik. Kelas pon attend je tapi dengan syarat la bawak air suam2 panas. So memang tak aspek pape pun.

Start kerja. Umur 21 tahun. Masa nih memang makin teruk senggugut kite. Sampai tahap pitam, pengsan suma lah. Memang tak boleh bangun, xleh nak makan pape sebab xde selera. Menahan sakit Allah saje yang tahu. 

Ada 4 kejadian yang sampai sekarang kita langsung tak boleh lupa:-

Pertama

Pernah sekali kite kua g shopping baju raya dengan housemate dekat jalan TAR. Boleh pulak pitam masa tuh padahal dah srapan minum milo sebelom kuar. Terpaksalah housemate papah bawak g surau yang berhampiran. Belikan kite air n baring kejap. Masa tuh memang kesian sangat kat housemate.Tapi lepas dah rest boleh kite g sambung shopping. Dapatlah sepasang baju kurung lagi masa tuh. Percaya tak? HAHAHA. OK kite rasa kelakar! 

Kedua

Masa tuh nak raya gak. Masa kite balik kampung kite teman along g cari baju raya dia. Tapi baru je along nak pilih kasut, kita pitam kat depan kedai!! Dalam keadaan tak berapa nak sedar tuh rasanya along kelam kabut giler bawak saya balik naek motor. Dah tak kisah pasal baju raya dia masa tuh. Kami naik motor okey, dengan keadaan saya tak sedar sangat. Dari Masjid Tanah ke Lubuk Cina (30 minit), and dari Lubuk Cina nak ke rumah (20 minit). Sampai je depan pintu, dengan xbuka helmet kite terus rebah kat depan pintu! Adik yang angkat n bukak helmet. Mak bg kite makan panadol n bawakkan tidur. Ok, lega. Malam tuh bila along tengok saya dah ok dia ajak jugak la g cari baju dia sebab besok nak raya dah. Kesian kat dia kite ikutla. Alhamdulillah tak jadi pape dah time tuh.

Ketiga

Masa nih kita dengan BFF kita kua dating. Kitorang g Sunway Piramid. Dia amik kite kat KL Sentral then naik moto g Sunway Piramid. Dia nak survey barang kahwin dia masa tuh. First day period. Korang mesty dah imagine macam mana kite kan? Tapi kite masih ok mase excited nak keluar dengan dia. Snap pic and everything. Dah jalan2 Kitorang g makan KFC. Masa tuh kite still lagi okey. Then suddenly lepas makan KFC kite rase nak membuang, ok fine pergi toilet. Dalam toilet dengan keadaan berpeluh kite dah start rasa lain macam. Dah start berpeluh kat dahi tetiba. Ok dah tanda nak pitam and plus MUNTAH2 ok!!! Habis keluar semua KFC yang selamat masuk perut tadi (dahla KFC mahal, sayang betol!). Call BFF suh datang toilet tapi mase tuh dah terduduk kat depan toilet. Pekerja Restaurant yang dekat dengan toilet tuh nampak kite agaknya terus papah duduk kat kerusi dia (Xingat dah rupa pekerja tuh, so many thanks lah). BFF saya bawak air mineral and ubat PINK. Guess what? Kite boleh terlelap kat atas meja restaurant tuh. And macam bese masa tuh memang x aspek akan dapat penyakit nih.

Keempat

Yang keempat nih paling kita takleh lupa. Sangat2 meninggalkan sejarah. Masa nih kita baru je kenal rapat dengan Tunang kite. Kite ingat lagi, semalam tuh kitorang g makan Nandoos kat The Mines. Balik tuh ok je lagi. Nak bangun pagi tuh takleh BANGUN! Okey, kite diserang lagi!! Sangat2 sakit. 2 hari kite xleh bangun sebab xlarat. Makan ntah kemana minum pun ntah kemana. Try makan ubat tahan sakit memang langsung tak jalan. Terbaring menahan sakit yang teramat sambil meleleh air mata. (sakit woi!!)

Si dia dah cemas dah. Nak tolong tak tau macam mana. Kite minx tolong dia anta kan g klinik je. Dia kata okey tuggu dia balik kerja. Sebab kereta abang dia pakai. Okey kite pasrah menunggu. Dalam pukul 6 macam tuh baru dia datang amik and guess what??? DIA TAK BAWAK G KLINIK TAPI ...

HOSPITAL !!! 
HOSPITAL !!! 
HOSPITAL !!! 

Rasa macam nak marah pun ada gak dia nih. Grrr !!! Dia dengan muka selamba bawa kite g HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). 

Sampai je kat HUKM .....:-
  • Kena masuk air. Suhu tinggi pulak tetiba..Okey kite DEMAM!! (demam pulak ditect dulu!)
  • Masa doktor cek, perut kite ditekan sebab kite ngadu perut keras! Okey Sakit! Okey dia bagi ubat kapur. Oh, kite rupanya kena GASTRIK!!! (Tak pernah seumur hidup kena !! )
  • Cek sane cek sini panggil pakar sane panggil pakar sini. Dorang tekan kat perut bahagian bawah kat belah kiri lepas tuh terus tarik laju2, dah rasa macam kena kejutan lektrik sakitnya! Dorang suspect APPENDIX!!! (Apakah?? Sume nak datang serentak!!) Doktor kata kena scan dulu.
  • X-RAY Result : Tak nampak pape!
  • Ultrasound Scan : Tak nampak pape!
  • Kali kedua Ultrasound scan: Tak nampak! (Doktor suma dah panik! Kite? Saket woi!!)
  • Dorang call somebody, rasanya Doktor yang lagi high level. Then kena scan pakai yang canggih sikit tapi Still Kabur!! So dorang suspect APPENDIX PECAH!!
  • Finally dari pukul 6 lebih tadi kesana kesini, pukul 2 pagi dimasukkan ke WAD.
  • Besoknya datangla doktor pakar explen apa yang dapat disimpulkan. Bagi nak memastikan teori beliau kite kena wat satu lagi ujian. Tapi kite tak tahu apakah nama ujian nih. Sebab masa tuh memang blur n nak cepat sehat je.First kene inject ape ntah. Pastu masuk dalam kiub. N Badan akan rasa sangat sakit masa ubat tuh bertindak dalam badan. Okey, tobat tanak buat lagi.
  • Then, operation dijalanlan dan kite kena bius full body. Tak sedar pape. Dah sedar2 dah settle and rasa ngilu kat perut.
  • Doktor Kadir datang dan explen, rupanya kite kena ENDOMETRIOSIS STAGE 4 + Apendix dah pecah dan bernanah. (Allahuakabar!!)
  • 5 hari kena tahan wad then boleh balik n dapat MC 1 BULAN !! (HEAVEN)

Next entry kita share pasal Endometriosis lagi key.

Daa..













22 May 2014

Kurus ke Gemok ke Sehat Tak?

Hai ! Tora datang lagi ...!! (Eh, sila abaikan ye. Terima kasih)


Pernah x alami masalah cenggini? Awok kurus tapi bila timbang berat. Tapi bukan berat tulang taw. Berat laa...alaaa..acaner nak pahamkan korang ek? Errrr... Pkirlah sendiri ek.. HEHEHEHE!

Kita tadelah mok mane pon tapi berat macam xbest je bila timbang. Dahlah tak bape nak tinggi. Kalau ikut BMI mmg ok cumenya kite xselesa pakai baju ape yang ade. Sebab macam melekat je. Oh, tidaakk!!

Macam taw kita try amik tapi xmaun turun. Gila sedeyh ! Kita pon trylah kurangkan makan tapi BERAT BERTAMBAH NAIK!! Arghhhh, stress!!

Untuk kurus, kita pernah amik:


MY REVIEW:

Mula-mula makan terus rasa terlampau dahaga sangat2. Panas sangat kat dalam tekak nih. Sampailah akhirnya suara kite terus serak and hilang. Giler xbest! Terus STOP! Takut nak teruskan sebab terlampau panas kat tekak. Sekarang nih kecoh isu FIGURE-UP nih mengandungi racun yang berbahaya. So dia dah diharamkan jualannya. Tapi if ada jugak seller yang jual WALLAHUALAM. NO komen lah kan. Cuba korang baca kat SINI.

OK. KESAN DIA??? >>>> Kompem TIADA penurunan...Sob Sob Sob @_@

Next, ini pulak.

Mircale SlimminG Coffee

My REVIEW:

OK,mula-mula tertarik nak cuba sebab menda nih berasaskan coffee. So, kita suka lah sebab coffee. Hehehe. Kalau berasaskan susu ke apa memang NO ENTRY lah jawabnya. Rasa dia? Hmmm..xdela sedap sangat. Tawar sikit la. Tapi sebotol tahan dalam sebulan lebih. Waktu amik sebelum sarapan. Katanya dia akan bg kite kenyang selama 8 jam.

Apakah bahan-bahan yang terdapat pada Miracle Slimming Coffee?

Coffee ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti seperti berikut :

1) Garcinia Cambogia
Supplemen dari jenis herba yang dipasarkan sebagai agen penurunan berat badan kerana ia mengandungi kompaun bernama Hydroxycitric Acid (HA) yang membantu merawat obesiti.

Herba ini mampu :
ØMengawal selera makan selama beberapa jam lamanya
ØMendapat lebih tenaga untuk aktiviti fizikal
ØMengurangkan nafsu untuk makan
ØMenaikkan kadar metabolisme dan pembakaran kalori
ØMenurunkan berat badan dengan berkesan dan terkawal
ØMembakar lemak badan dengan pantas
ØMengawal berat badan dengan mudah

Kebaikan Garcinia Cambogia;
ØBerkesan mengurangkan berat badan
ØMenghalang pembentukan lemak
ØMengurangkan kolestrol
ØMenambahkan tenaga
ØMerawat masalah kemurungan, susah tidur

2) L-Carnitine
Fungsi utama dari carnitine di dalam tubuh adalah untuk mengatur oksidasi lemak (membakar lemak). Ia bertanggungjawab untuk mengankut lemak ke tungku pembakaran lemak dlam sel tubuh, yang disebut dengan mitokondria. Lemak tidak akan bisa dioksidasi jika lemak tidak dapat mencapai mitokondria, sekeras apapun anda melakukan senaman atau melakukan diet tegar.

3) Slim Herbs
Diformulasikan daripada beberapa herba terpilih yang dipercayai keberkesanannya

OK. KESAN DIA??? >>>> Selepas habis 3 jar, TIADA penurunan...Sob Sob Sob @_@

OK NEXT! 

My Slimming Herbal Ninaskincare

Masa nak try jamu nih memang excited sebab testimoni giler gempak ok! Memang berkobar2 lah nak cuba.Tapi sad to say lah mungkin menjadi untuk orang lain tapi bukan kita. 2 botol makan tapi xde penurunan ! sedih gile bak hang woihhh!! 

Meh nak share sikit pasal jamu nih walaupun sedih @_@

Jamu langsing 100% herba resipi doktor, racikan seperti jamu di dalam kapsul dari herba-herba & tumbuh-tumbuhan iaitu:

* DAUN KUMIS KUCING
* DAUN JATI BELANDA 100% DARIPADA TUMBUHAN SEMULAJADI

 Kebaikkan Jamu Lansing

- Mengatasi kegemukan 
- Menurun & Menjaga berat badan
- Membuat kita rasa sangat kenyang
- Membakar semua lemak yang tidak diperlukan dalam badan & bertukar menjadi otot. Jadi tiada masalah kulit mengeleber selepas dapat berat badan yang diidamkan :)

- Boleh menurunkan berat badan 5-7kg seminggu & ada yang pecah rekod turun sebanyak 12kg hanya dalam masa
 seminggu lebih sahaja :)

Tiada sebarang kesan sampingan seperti di bawah JIKA MAKAN DENGAN BETUL :-     

* Mual/muntah
* Tiada pening-pening
* Membuang air besar terlalu kerap
* Jantung berdegup kencang

Ok, sekian.

Eh, ada lagi satu!! Sekarang nih kita amalkan nih je. So far xsampai sebulan kita turun 3 kg.. Hehehehe..Giler bak hang. Syiok je timbang woih~~!!

Taraaa ~~~!!!


LECITHIN

Kebaikan Lecithin Shaklee yang best ini salah satunya adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu. Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti  ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelansingan di pasaran untuk jangka masa panjang. 

Apa yang istimewa, Lecithin Shaklee ni bebas kolestrol .Bagi yang beli Lecitin bertujuan utk mengawal berat badan boleh ambilnya selepas heavy meal.. 6 tablet/day.. Jangan tak tahu Lecithin Shaklee ini banyak bonus extravaganza! Lecithin Shaklee ni ada banyak fungsi lain selain pemecah lemak. 

Kebaikan Lecithin Shaklee

  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS


ALFAFA COMPLEX

Manfaat & kebaikan Alfalfa Shaklee

1.Mencuci dan membuang toksik dalam badan
2.Mengawal kolestrol dalam darah
3.Bertindak sebagai fiber - bantu singkir dan kurangkan lemak serta kolestrol
4.Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.Sebagai penggalak penghasilan susu bagi ibu yg menyusukan bayi (Milk Booster)
7.Melawan alahan seperti resdung, ekzema dan alergik
8.Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
9.Mengurangkan simptom menopaus
10.Menyahkan kimia dalam tubuh
11.Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
12.Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
13.Mengurangkan masalah pundi kencing
14.Meningkatkan kesihatan prostat lelaki
15.Membantu merawat masalah sembelit
16.Membantu membuang angin dalam badan
17.Meningkatkan stamina dan kesihatan lelaki
18.Mengempiskan perut
19.Sebagai perapat untuk wanita kerana mengandungi  Kacip Fatimah
20.Membesar dan menegangkan payudara
21.Merawat masalah Keputihan bagi wanita
22.Memberi kelegaan semasa haid
23.Menghangatkan hubungan suami isteri
24.Merawat asma dan lain-lain masalah pernafasan
25.Melegakan sakit otot dan sendi
26.Mencuci buah pinggang dan merawat masalah kencing kotor
27.Melegakan bengkak kaki dan buku lali
28.Membantu masalah arthritis
29.Membantu merawat ulser 
30.Mengatasi masalah sembab air
31.Melegakan masalah masalah sinus seperti hidung sensitif
32.Membantu mengatasi gout
33.Mengatasi masalah bau badan dan kaki berbau
34.Mengatasi masalah mulut dan nafas berbau
35.Mengatasi masalah kurap dan kulat air
36.Mencuci darah, hati dan usus
37.Menghilangkan kelesuan dan memberi tenaga
38.Meneutralkan asid dalam badan
39.Membantu memperbaiki keadaan kulit
40.Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan



HERB-LAX

APA ITU HERB-LAX? Ianya adalah berfungsi untuk mencuci usus kita. Bila usus dah bersih makin mudah utk bdan kita menyerap ape2 suppliment. Bahasa mudahnya ialah JULAP. Tapi bukan sebarang JULAP. Ni JULAP baik punye... ^^

Perbezaan Shaklee Herblax dengan JULAP:

1:-Ramuan asas produk ini terdiri dari kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.

2:-Ia mengandungi 9 herba semulajadi:alfalfa leaves,senna leaves, anise seed,blue malva flower,buckhorn bark,licorice root,rhubarb root, fennel seed dan culver's root.

3:-Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat Utama :
  1. Pembersihan najis yang tersekat.
  2. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  3. Membantu masalah sembelit.
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  5. Mengempiskan perut(sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan-kurus).
  6. Membantu dalam mengurangkan/memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

AMACAM ?? BEST KAN? SENANG CITER SET KURUS NIH GUNA PROSES CUCI DAN BUANG APA YANG TAK PATUT. BUKAN MENGAWAL OR MENAHAN SELERA MAKAN KITA. HALALAN TOYYIBAN LAGI..^^